Translate

Thursday, October 1, 2015

Rest in Peace Anthony Kevin Morais..

Rest in Peace Anthony Kevin Morais..

Negara kita digemparkan dengan pembunuhan yang kejam di bulan september yang lepas..

Setiap hari apabila bangun dari tidur aku sentiasa terpikirkan dimanakah sifat-sifat kemanusiaan manusia pada hari ini..hanya kerana RM50,000 yang dibahagikan beberapa bahagian..

Sesungguhnya berkerja bersamamu memang membuka mataku..

Kredit to: International Bussines Time.

Malaysian investigators said Wednesday that they have discovered the body of a deputy public prosecutor in an oil drum filled with concrete. The body of Anthony Kevin Morais, who went missing earlier this month, was found in USJ1 subang near Kuala Lumpur on Wednesday morning, local media reported.
"The oil drum was found in the river after divers went in to confirm it,” investigator Mohmad Salleh told local news site Malaysia Kini. "A forklift was called to hoist the oil drum out so that work could be carried out to remove the body from it."
Police officials said they have arrested seven suspects in connection to the case, including one who guided them to the location of the prosecutor's body. Authorities reportedly believe that one of the suspects -- a military doctor -- who had been prosecuted by Morais recently in a graft case was behind the killing. The other suspects were hired by the doctor to abduct and kill Morais, BBC reported.
Surveillance footage from the day Morais went missing after leaving his house showed his car being followed and rammed by another car. The 55-year-old was reportedly abducted after the collision.
Morais’ body has been sent to a Kuala Lumpur hospital for examination.

akhirnya..iui..

Hari ini dalam sejarah..

Pertama kali prosedur iui aku lalui..
perasaan?
wow..sakitnya..seksanya..mungkin setiap org berbeza.. tp bg aku walaupun selepas 3 jam prosesnya aku masih rase sakit..mungkin kerana keregangan vagina..
Nurse kata darah banyak keluar.. mungkin terluka.. hikhikhik..ketat agaknya...

Selepas disuntik folliculin tuh selama 9 hari..aku kene suntik terus ubat pregnyl.. ubat pregnyl nih pada aku super duper sakit meleleh air mata weh..cucuk sendiri...

Tapi bila baca blog..wow alangkah indahnya mereka selepas iui berpeluang baring tanpa melakukan ape-ape kerja tapi aku , selepas iui tetap meneruskan kehidupan harian.. walaupun sakit aku gagahi jugak pergi kerja... tapi tak boleh la nak merempit lg.. berdenyut2 rasenya.. balik rumah baring kejap terasa cecair keluar waktu menaiki tangga rumah.. mungkin darah atau cecair sperm.. tapi selepas iui tuh doktor bagi ubat untuk masuk vagina setiap hari pagi dan malam...

Takpelah..semoga kali ini rezeki aku akan tiba...

Monday, September 21, 2015

My Hope.. My sunshine

Lama tidak update blog nih...
setelah ditalbiah oleh seorg kawan untuk berkong my TTc journey..

Harapan untuk mendapatkan zuriat...

serba sedikit history yang aku lalui selepas married..

Selepas seminggu married aku telah didatangi ujian dari Allah Yang Maha Esa.. mungkin utk menilai dan melihat sejauh mana kekuatan aku kepadaNya..
Aku telah didatangi penyakit misteri pendarahan berterusan tanpa henti selama bertahun-tahun. Pelbagai iktiar aku lakukan wang ringgit harta dan masa serta pengorbanan hati telah aku korbankan hanya kerana penyakit misteri ini..

Ya betul, pelbagai klinik pakar dan hospital telah aku pergi dan jawapannya sama.. aku tidak mempunyai ape2 penyakit, sihat tp doktor sendiri tidak dapat bagi jawapan. Tp masih ade doktor yang advice utk aku pergi berubat secara kampung. Iktiar dan usaha.

Kadang-kadang tp selalunya pendarahan ini memang mengganggu kehidupan aku dr segi kerja serta rumah tangga. Flow yang tidak menentu membuatkan aku berasa kotor, rimas dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab aku kepada suami. Tapi apa yang aku boleh harapkan hanyalah kesabaran dan USAHA. Tanpa seharipun aku berdiam diri utk tidak berusaha mengubati penyakit ini walaupun hatiku menangis.

Tapi akhirnya aku telah dapat mengubati penyakit ini setelah 2 tahun 9 bulan menanggungnya.. orang yg terdekat denganku yang mengubatiku tanpa ku sangka.. katanya ada manusia yang tidak senang dengan perkahwinanku.. Alhamdulillah umpama sinaran matahari harapan untuk mendapatkan zuriat aku semakin terang...

Kepada ibu-ibu fahamilah , aku telah kali ke 7 menelan ubat clomid itu tapi masih belum menampakkan hasil.. ovum berkembang tetapi ade saje halangan yang mendatang utk aku meneruskan iui ini..

Buat semua doktor telah sahkan aku dan suami tiada masaalah untuk mendapatkan anak tetapi hanya rezeki yang masih belum sampai agaknya, yang penting usaha dan isqamah aku.. berjam2 menunggu rawatan dan doktor.. hishhhh biaselah gov hospital.. sampai kdg2 give up tp aku kuatkan semangat..

Hari ini kali kedua doktor bagi aku ubat foliculin utk meransang ovum dan seperti biase aku akan mengalami swing mood, sakit pinggang, muntah dan lesu..utk hari ke 9 seterusnya aku kene melakukan sendiri proses injection ini. kata doktor aim kali ini untuk buat iui mesti dicapai.. ubat mahal katanya dahla aku dapat free sebagai gov servant.. heheheheh

adehh mungkin setiap org lain kesannya tp pd aku suntik ubat ini umpama menutup hari2 aku yang akan dtg kerana kesannya sangat kuat.. kdg2 aku rase rela utk mkn ubat yg banyak dr melakukan injection ini..  tp kerana zuriat ku turutkan.. tunggulah aku akan update journey ini sentiasa...


Tuesday, January 13, 2015

amboi lamanya...

amboi lamanya tak update blog nih..berkulat rasenya dah..
xde idea nk buat ape2 saje nak tunjuk gambo2 selfie perasan hahah









Saturday, August 31, 2013

Debaran

Debaran menunggu hari esk.. Akan dibedah kerana pankreatitis.. Takutnya..

Merdeka ke minda kita?

Assalammualaikum...

 di malam hari merdeka ini ingin ku ucapkan selamat hari jadi kepada ibuku yang disayangi...
Puan Azizah... semoga dikau panjang umur dan imurahkan rezeki , tanpa penyakit yg jahat2...
br tepon beliau td, rindunya pd arwah masih membara...

kesedihan dan kedukaan telah melanda diriku di malam ini... telah disahkan penyakit pankreatitis...
kdg2kala kesakitan menguji keimanan kita... siapa yg x tau penyakit apakah itu, silalh google...

tp bukan itu sahaja yg menguji hati dan perasaan aku, tp arinih aku tlh menerima pertanyaan yg merobek hatiku. dn yg plg best dgn org yg x sepatutnya tanya aku begitu... aku sedih dan kecewa...pagi2 dh spoil mood

ptg plak aku dimalukan, bukan sekali ttp 2 kali.. oleh yg terdekat dgnku.. sebenarnya aku x patut pun tersa ttp sensitif sungguh aku ari nih..

malam2 plak berlenang air mata aku... dibuat oleh org yg plg aku sayangi... xpelah aku redha... andai ini takdirku...

niat dihati ingin ku lari sejauh2nya tp apa daya, aku x mampu utk keluar dr kepompong ini..

Insyaallah aku akan usaha, target aku 2015 ialah sambung belajar ke luar negara.. biar aku byk kekurangan tp aku kaya dgn ilmu. biar hayatku x lama tp ade yg aku sumbangkan di muka bumi ini...

Sunday, August 11, 2013

Limpahan arnab2 yg dibuka utk tempahan..

Sila hubungi puan azizah.. Pembelian borong digalakkan dgn harga yg terbaik..