Translate

Thursday, June 20, 2013

Pegawai SPRM diacu pistol??

KUALA LUMPUR 14 Jun - Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdepan detik-detik cemas apabila menerima ugutan sambil diacu pistol dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di Batu 5, Jalan Cheras berhampiran Pasar Raya Tesco Taman Midah di sini Selasa lalu.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, pegawai berusia 29 itu sedang memandu kenderaan menghala ke pusat bandar sebelum dia memperlahankan kenderaannya kerana keadaan jalan raya yang sesak.
“Tiba-tiba muncul sebuah motosikal jenis Cagiva dinaiki dua lelaki berhenti di sebelah kanan kereta mangsa sambil menjerit, mengugut serta memberi amaran kepada mangsa.
“Mangsa yang terkejut dengan kehadiran suspek sempat bertanya siapa mereka sebelum pembonceng motosikal tersebut mengeluarkan pistol dan mengacu ke arahnya," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130614/je_24/Pegawai-SPRM-diugut-diacu-pistol-ketika-memandu#ixzz2Wir0Aain
© Utusan Melayu (M) Bhd 


2 comments:

  1. 'branding' SPRM makin menyerlah semenjak kebelakangan ni kan?

    ReplyDelete
  2. itula pasal.. sape kata kerja SPRM begitu mudah?

    ReplyDelete