Translate

Monday, September 21, 2015

My Hope.. My sunshine

Lama tidak update blog nih...
setelah ditalbiah oleh seorg kawan untuk berkong my TTc journey..

Harapan untuk mendapatkan zuriat...

serba sedikit history yang aku lalui selepas married..

Selepas seminggu married aku telah didatangi ujian dari Allah Yang Maha Esa.. mungkin utk menilai dan melihat sejauh mana kekuatan aku kepadaNya..
Aku telah didatangi penyakit misteri pendarahan berterusan tanpa henti selama bertahun-tahun. Pelbagai iktiar aku lakukan wang ringgit harta dan masa serta pengorbanan hati telah aku korbankan hanya kerana penyakit misteri ini..

Ya betul, pelbagai klinik pakar dan hospital telah aku pergi dan jawapannya sama.. aku tidak mempunyai ape2 penyakit, sihat tp doktor sendiri tidak dapat bagi jawapan. Tp masih ade doktor yang advice utk aku pergi berubat secara kampung. Iktiar dan usaha.

Kadang-kadang tp selalunya pendarahan ini memang mengganggu kehidupan aku dr segi kerja serta rumah tangga. Flow yang tidak menentu membuatkan aku berasa kotor, rimas dan tidak dapat menunaikan tanggungjawab aku kepada suami. Tapi apa yang aku boleh harapkan hanyalah kesabaran dan USAHA. Tanpa seharipun aku berdiam diri utk tidak berusaha mengubati penyakit ini walaupun hatiku menangis.

Tapi akhirnya aku telah dapat mengubati penyakit ini setelah 2 tahun 9 bulan menanggungnya.. orang yg terdekat denganku yang mengubatiku tanpa ku sangka.. katanya ada manusia yang tidak senang dengan perkahwinanku.. Alhamdulillah umpama sinaran matahari harapan untuk mendapatkan zuriat aku semakin terang...

Kepada ibu-ibu fahamilah , aku telah kali ke 7 menelan ubat clomid itu tapi masih belum menampakkan hasil.. ovum berkembang tetapi ade saje halangan yang mendatang utk aku meneruskan iui ini..

Buat semua doktor telah sahkan aku dan suami tiada masaalah untuk mendapatkan anak tetapi hanya rezeki yang masih belum sampai agaknya, yang penting usaha dan isqamah aku.. berjam2 menunggu rawatan dan doktor.. hishhhh biaselah gov hospital.. sampai kdg2 give up tp aku kuatkan semangat..

Hari ini kali kedua doktor bagi aku ubat foliculin utk meransang ovum dan seperti biase aku akan mengalami swing mood, sakit pinggang, muntah dan lesu..utk hari ke 9 seterusnya aku kene melakukan sendiri proses injection ini. kata doktor aim kali ini untuk buat iui mesti dicapai.. ubat mahal katanya dahla aku dapat free sebagai gov servant.. heheheheh

adehh mungkin setiap org lain kesannya tp pd aku suntik ubat ini umpama menutup hari2 aku yang akan dtg kerana kesannya sangat kuat.. kdg2 aku rase rela utk mkn ubat yg banyak dr melakukan injection ini..  tp kerana zuriat ku turutkan.. tunggulah aku akan update journey ini sentiasa...


No comments:

Post a Comment